Wednesday, May 13, 2009

tunjukan anda sihat..anda riang..tunjukkan anda sememangnya cantik

Ya Rabbi..hari nie puasa ganti untuk ramadan yang lepas.. hehehehehee dua dalam satu..sebab sekarang badan dah macam 'mengembang' aje.. so kena control utk makan. ermmmm aku memang punya selera yang sangat baik bab makan2 nie..

suami dah asyik 'tegur' sebab potongan badan dh ' out of the shape' . kena kuat semangat nie..dulu berat badan sekitar 45-50 kg aje, sekarang? eee ngeri dh jejak 60++kg..tu yang kena 'buat sesuatu'. kalo menurut fakta usia...metabolisme dh mula menurun dan tak aktif lagi. tapi hari tu pi klinik, doktor wat test 'biologikal age' ermmm jangan mare result tercatat usia aku 'muda' 10 tahun beb dari usia kelahiran. heheheheeee gempak gitu. suami gelak sakan, dia kata result tu 'salah' penilaian dan rekod, jealous kot.

namun, bukan nak cantik semata-mata tapi kena jaga diet sebab nak sihat, maklumlah usia telah meniti 40an nie so harap biar kesihatan baik agar dapat menjalani hidup dengan selesa, bahagia kerana banyak yang tak dicapai dan dibuat lagi nieee... huhuhuuuuuu

nak melihat anak-anak membesar dengan berjaya, jadi insan kamil , cemerlang dunia dan akhirat.. nak wat ibadat pada Allah.

semalam dah cakap penuh semangat dgn ninie dan asmah, nk wat transform pada penampilan diri, hahahahahaa jangan nampak tua sebelum waktunya, nak bergaya mengikut kesuaian usia. kira-kira jadi wanita anggun gitu.. ahaks ahaks.. agak2 boleh ke nie?

mesti boleh nye kan sebab wanita lain boleh buat kita mesti boleh gak. bergaya sopan dan ideal. biar sedap mata memandang.. untuk diri sendiri dan suami yang penting. Naya kalo suami dah mula menjeling ke 'arah lain'.... takut nyeeeeeeeeeeee. Oleh itu aku kena berusaha untuk jadi yang diri sendiri mengikut acuan sendiri, bergaya sederhana namun anggun gitu.. jangan gelak2 ok. berikan sokongan untuk kita wanita berwawasan.. yeahhhyeahhhh .

bila tengok gambar lama, alahai badan aku slim aje.. semua baju leh nak pakai.. baru aje tiga tahun lepas berat badan aku cuma 50kg aje.. nie skrg dh 60++kg, banyak pakaian yang tergantung di dalam almari sekadar dilihat aje tak leh nak pakai. suami dh menyindir baju-baju tu tengok aje mcm bahan pameran sebab tak leh nak pakai. nie yang tercabar nak kurus balik.. dengan potongan badan yang mampu 'menggoda' suami aku itu.. sihat dan menarik!!

2 comments: