Wednesday, May 13, 2009

Kasih Mak.. Selamat Hari Lahir ( Al Fatihah )

hari ini, 13hb.Mei 2009 ( 13hb Mei 1949 @ 15 Rejab 1368 ( Jumaat ) adalah harilahir arwah mak , Hajjah Masrainah yang tercinta. Sudah hampir 13 tahun arwah mak meninggalkan kami sekeluarga. Arwah mak pergi bersama-sama kenangan manis ......ketiadaannya membuat kami sekeluarga benar-benar terasa kehilangan yang amat sangat. Tiada lagi belaian kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya. Mak sentiasa prihatin dan sangat mengambil berat akan keadaan kami sekeluarga, walau bertarung dengan penyakit buah pinggangnya namun mak tetap memastikan segala keperluan kami sekeluarga terjaga. Allah lebih menyayanginya....tanggal 16hb September 1996 @ 23 Rejab 1416 ( Ahad ) – 3.25a.m, mak telah menemui Penciptanya..Allah. Semoga Allah meRahmati arwah mak dan digolongkan di dalam syurga Jannah.
Mak, kami merindui dan mendambakan kasih sayang mak yang tulus ikhlas. Tiada yang dapat mengisi kekosongan ini, Mak seorang insan yang terunggul dan insan yang kami sanjung tinggi setinggi kasihmu.. Al Fatihah untuk mak...

No comments:

Post a Comment