Tuesday, May 19, 2009

Kasih ku Abadi




hari nie aku pergi menziarah mak mertua kawan sepejabat. Ajalnya telah tiba, kita? entah bila hanya Allah Maha Mengetahui. Citer2 tentang kematian nie, aku insaf sendiri namun hehehehe taubatnya masih tak terbuat lagi. suami ku pulak dah hampir sebulan demam dan batuk-batuk, wahal dah pergi membuat pemeriksaan doktor sebanyak dua kali, namun katanya tiada apa-apa...




kesian aku melihat nya, tiada selera makan dan setiap malam demam, namun dia tetap gagahkan jua kudratnya untuk membantu ku kerja-kerja rumah. Dia seorang yang sangat prihatin dan bertimbang rasa. Masa nie lah aku akan memanjakan nya, sape lagi kalau bukan aku isterinya. hujung minggu nie dia wat check up lagi ke hospital pantai, aku harap sangat dia akan segera pulih seperti sedia kala. Aku hanya berdoa kepada Allah semoga dia segera sihat sejahtera.




baby Alisha Hasnah pun sudah semakin bijak dan cerdik, keletahnya buat kami sekeluarga gembira dan terhibur.. dia comel sungguh. Suami ku benar-benar sayang dengan anak-anaknya..termasuk la aku isterinya.hahahahahhaha..




Kasih suami ku benar-benar buat kami rasa bahagia dan ceria. Suami ku kasih ku abadi buat mu..

Wednesday, May 13, 2009

tunjukan anda sihat..anda riang..tunjukkan anda sememangnya cantik

Ya Rabbi..hari nie puasa ganti untuk ramadan yang lepas.. hehehehehee dua dalam satu..sebab sekarang badan dah macam 'mengembang' aje.. so kena control utk makan. ermmmm aku memang punya selera yang sangat baik bab makan2 nie..

suami dah asyik 'tegur' sebab potongan badan dh ' out of the shape' . kena kuat semangat nie..dulu berat badan sekitar 45-50 kg aje, sekarang? eee ngeri dh jejak 60++kg..tu yang kena 'buat sesuatu'. kalo menurut fakta usia...metabolisme dh mula menurun dan tak aktif lagi. tapi hari tu pi klinik, doktor wat test 'biologikal age' ermmm jangan mare result tercatat usia aku 'muda' 10 tahun beb dari usia kelahiran. heheheheeee gempak gitu. suami gelak sakan, dia kata result tu 'salah' penilaian dan rekod, jealous kot.

namun, bukan nak cantik semata-mata tapi kena jaga diet sebab nak sihat, maklumlah usia telah meniti 40an nie so harap biar kesihatan baik agar dapat menjalani hidup dengan selesa, bahagia kerana banyak yang tak dicapai dan dibuat lagi nieee... huhuhuuuuuu

nak melihat anak-anak membesar dengan berjaya, jadi insan kamil , cemerlang dunia dan akhirat.. nak wat ibadat pada Allah.

semalam dah cakap penuh semangat dgn ninie dan asmah, nk wat transform pada penampilan diri, hahahahahaa jangan nampak tua sebelum waktunya, nak bergaya mengikut kesuaian usia. kira-kira jadi wanita anggun gitu.. ahaks ahaks.. agak2 boleh ke nie?

mesti boleh nye kan sebab wanita lain boleh buat kita mesti boleh gak. bergaya sopan dan ideal. biar sedap mata memandang.. untuk diri sendiri dan suami yang penting. Naya kalo suami dah mula menjeling ke 'arah lain'.... takut nyeeeeeeeeeeee. Oleh itu aku kena berusaha untuk jadi yang diri sendiri mengikut acuan sendiri, bergaya sederhana namun anggun gitu.. jangan gelak2 ok. berikan sokongan untuk kita wanita berwawasan.. yeahhhyeahhhh .

bila tengok gambar lama, alahai badan aku slim aje.. semua baju leh nak pakai.. baru aje tiga tahun lepas berat badan aku cuma 50kg aje.. nie skrg dh 60++kg, banyak pakaian yang tergantung di dalam almari sekadar dilihat aje tak leh nak pakai. suami dh menyindir baju-baju tu tengok aje mcm bahan pameran sebab tak leh nak pakai. nie yang tercabar nak kurus balik.. dengan potongan badan yang mampu 'menggoda' suami aku itu.. sihat dan menarik!!
KISAH PISANG DAN HATI... BEST GAK KISAH INI, SUAMI AKU JUST EMAIL HARI NIE..
- buat renungan bersama.

Mariam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci."Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya", beritahu Cikgu Mariam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Mariam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?", tanya Cikgu Mariam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu", beritahu Cikgu Mariam.Mariam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya :
Jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Kasih Mak.. Selamat Hari Lahir ( Al Fatihah )

hari ini, 13hb.Mei 2009 ( 13hb Mei 1949 @ 15 Rejab 1368 ( Jumaat ) adalah harilahir arwah mak , Hajjah Masrainah yang tercinta. Sudah hampir 13 tahun arwah mak meninggalkan kami sekeluarga. Arwah mak pergi bersama-sama kenangan manis ......ketiadaannya membuat kami sekeluarga benar-benar terasa kehilangan yang amat sangat. Tiada lagi belaian kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya. Mak sentiasa prihatin dan sangat mengambil berat akan keadaan kami sekeluarga, walau bertarung dengan penyakit buah pinggangnya namun mak tetap memastikan segala keperluan kami sekeluarga terjaga. Allah lebih menyayanginya....tanggal 16hb September 1996 @ 23 Rejab 1416 ( Ahad ) – 3.25a.m, mak telah menemui Penciptanya..Allah. Semoga Allah meRahmati arwah mak dan digolongkan di dalam syurga Jannah.
Mak, kami merindui dan mendambakan kasih sayang mak yang tulus ikhlas. Tiada yang dapat mengisi kekosongan ini, Mak seorang insan yang terunggul dan insan yang kami sanjung tinggi setinggi kasihmu.. Al Fatihah untuk mak...

Wednesday, May 6, 2009

di cameron highlands









Ammar Ariff ada gaya macam CEO BOH

.




Ini gambar anak-anak semasa di Cameron Highlands, melawat ladang dan kilang teh boh. siap berposing macam hero-hero hindi....hihiiiiii tapi bila dilihat balik semua ada ketokohan sebagai pemimpin cemerlang.

kedamaian di cameron highlands











suasana di cameron highlands memang menarik dan mendamaikan.. berpeluang membawa anak-anak pergi ke ladang teh boh, melihat sendiri bagaimana proses dauh teh dihasilkan. Tidak mudah seperti disangka, kita hanya dapat terus minum aje air teh.

pi penang & cameron highlands















Seronok sangat masa pi penang, jalan-jalan cari makan... Alisha Hasnah steady and happy aje. seronok dapat jalan-jalan dengan abang-abangnya..